Chat with Us LIVE!

Tuesday 8 May 2012

Antara Anak Durhaka Dan Ahli Syurga



Akhirnya tetamu yang kami semua tunggu iaitu Datuk Saroni bin Judi, CEO Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dan Pendidikan  dari Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra) memberi salam didepan pintu. Datuk Saroni yang pada mulanya mempunyai Sarjana dalam Sains Ekonomi dan Ekonometrik dari Universiti Hull, England dan Diploma dalam Pengurusan dari International Profesional Manager Association, London di ajak duduk bersama para pelajar yang sedang mengadakan sembang-sembang bersama saya secara santai seperti perbualan antara ayah dan anak-anak mengenai hidup, kehidupan dan tanggung jawab terhadap ibubapa.

 Datuk Saroni bin Judi, CEO Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka 
                                   
Sebelum saya meneruskan tugas saya berkongsi pengalaman mengenai mereka yang telah berjaya dalam hidup kerana taat  pada ibu. Kemudian saya perkenalkan Datuk Saroni anak yang banyak berbakti kepada ibu sejak di bangku sekolah lagi. Sebelum menjawat jawatan CEO, Datuk Saroni adalah Timbalan Presiden, bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan di Universiti Tun Abdul Razak dan juga sebagai Timbalan Presiden dari Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak dari tahun 2007 hingga 2009. Sebagai Pengarah di Pusat Pembangunan Perniagaan Kecil, di samping sebagai Pensyarah Jabatan Ekonomi di Universiti Pertanian Serdang, Selangor dari tahun 1987 hingga 2007. Sebagai Tutor di Jabatan Ekonomi, Universiti Pertanian Malaysia dari tahun 1984 hingga 1987. Sebagai pendidik di Kementerian Pendidikan dari tahun 1983 hingga 1984. Anda akan bertanya kenapa saya cerita panjang sangat pasal Datuk Saroni ni? ‘Tak kenal maka tak cinta’, berapa orang pelajar yang tahu siapa CEO mereka?

“Apabila kita mewah, kita jadi kurang insaf, tak sedar dan rasa bersyukur. Kalau kita tidak punyai nilai keinsafan, kesedaran dan kesyukuran, maka kita tak dapat tangani masalah hidup yang akan datang.” 

Kemewahan yang dinikmati generasi muda selepas merdeka termasuk para pelajar di universiti, menyebabkan mereka mudah alpa terhadap tanggungjawab kepada ibubapa, agama, bangsa dan Negara. Saya ingin bertanya, berapa orang yang menelefon ibunya bertanya khabar dalam seminggu? Sibuk dengan Facebook, Chatting dengan kawan, SMS dan berbual dengan kekasih hati baru dikenali.

Sesi pertukaran buah fikiran.
Generasi pewaris yang beranggapan mereka tidak perlu bekerja kuat menjadi boros, menghabiskan masa bersuka ria dan menagih dadah sehingga keluarga yang dulunya kaya menjadi miskin.

Bezanya University of Life dengan Universiti diluar dimana pelajar berusaha menguasai ilmu untuk mendapat ijazah dari Universiti, pelajar harus dipupuk dengan nilai mulia, yang boleh menjadikan mereka manusia yang mampu menangani masalah kehidupan, dan rasa tanggungjawab terhadap ibubapa, bangsa, agama dan Negara.

University of Life tidak melahirkan pelajar yang memiliki ijazah, tetapi bagi yang mahu berpegang kepada nilai mulia yang dapat menjadikan  mereka sebagai Modul Islam, anak yang beradab sopan, bertimbang rasa dan berjiwa murni.

“Kita tentunya mahu generasi pewaris yang lebih baik daripada kita. Kita yang dapat membezakan antara baik dan buruk”.

“Disini kita bangunkan keupayaan berfikir, buka fikiran yang selama ini ‘jumud’ supaya dapat membuat  penilaian mengikut asas budaya dan nilai sistem kita yang ada sistem yang dikehendaki oleh Al-Quran dan Sunnah supaya kita tak tolak yang baik dan terima yang buruk, terutama dari barat  dan tak telan bulat-bulat secara fanatik apa yang diajar oleh mereka yang menjadi mentor untuk kita puji dan puja”.

Mempunyai keupayaan berfikir, berupaya menjadi rakyat Malaysia yang meneruskan pembangunan Negara sekali gus menyambung perjuangan generasi dulu yang beradab dan sopan santun mengikut budaya ketimuran yang sudah hampir pupus.

Hari ini sukar untuk menemui para ilmuan yang bergelar para Akademi yang memuliakan ibubapa, saudara mara, apa lagi jiran tetangga, hidup dengan perasaan aku tak peduli yang penting aku hidup. Siapa pun tak ada masa untuk sesiapa. Akhirnya menyebabkan berlaku pelbagai kejadian pecah amanah, salah guna kuasa, penipuan dan rasuah yang dilakukan oleh insan berilmu kerana hilangnya rasa kasih sayang, hilangnya sifat pemurah, suka memberi, berkongsi apa yang ada, adanya rasa kepedulian, apa lagi sifat pemaaf.

Pendidikan di pusat pengajian tinggi memang penting namun bukan segalanya. Bukan bererti orang-orang yang ‘hanya’ berlatar belakang pendidikan SPM atau diploma tidak dapat memiliki karier dan pekerjaan yang lebih baik dibandingkan mereka yang berijazah yang boleh jadi doktor, jurutera, akauntan, pilot, profesor, bio camistry.

Negara bakal berdepan dengan pelbagai bencana sekiranya golongan ilmuan menyalahgunakan ilmu mereka untuk melakukan penipuan dan penyelewengan selain menjadikan pengetahuan ini semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan. Apa akan terjadi pada bangsa dan Negara kita?

Bayangkan bila sifat amanah, jujur dan ikhlas kini dijadikan komoditi, semakin hari semakin luput kepercayaan mereka yang sepatutnya menjadi contoh teladan buat masyarakat.

Mereka diberi amanah, kepercayaan, jawatan dan tanggungjawab sepatutnya tidak membenarkan diri mereka dikalahkan dengan sikap tamak sehingga tercetus kontradiksi dan berlakunya konflik dalaman.

Sebagai penulis, saya memiliki ‘dunia’ saya sendiri yang saya fikir dan rasakan. Kemudian saya mulai menterjemahkan dengan ayat-ayat untuk menceritakannya kepada pembaca apa yang sedang saya saksi dan fikirkan kerana menjadi tanggungjawab penulis sebagai pemimpin pemikiran rakyat untuk melihat ke dalam -dalam diri masalah yang berlaku berpunca dari dalam. Apakah kita sudah bersedia keluar dari kotak pemikiran kita untuk melihat apa punca masalah yang berlaku hari ini?

Sistem pendidikan di Malaysia belum mampu menjawab pertanyaan “why”, kenapa? Apa sebabnya? Kerana sikap ‘orang kita’ yang tidak kritikal. Kita takut mengkritik diri sendiri. Kita kena berani bertanya “mengapa” untuk mendapatkan jawapan yang lebih dalam kerana kita adalah makhluk yang berakal. “Why” kenapa Tuhan beri akal? Kenapa aku tak mahu pakai akal? Jika aku tak pakai akal aku akan terpengaruh dengan emosi, dengan berani bertanya ‘kenapa’ minda akan terbuka membuat anda mengetahui kenapa dan apa tujuan Tuhan jadikan anda sebelum anda membandingkan diri anda, bangsa anda dengan bangsa-bangsa yang jauh lebih maju dan bangsa yang pernah dilaknat dan dibinasakan seperti terdapat ceritanya didalam Al-Quran.



Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insaf. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala itu. Inilah saja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya. 

Ingatlah pesanan Nabi SAW: “Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibu bapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibu bapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya.” Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibu bapa tidak akan masuk neraka dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga.” 

Selaku pembaca anda mempunyai dunia anda sendiri tetapi jika anda tahu yang anda juga seorang khalifah dengan ‘dunia’ yang sama, anda akan dapat membaca kata-kata saya, tulis dari ‘dunia’ yang sama, dunia dimana manusia sewbagai khalifah. Frequency dan wavelength kita sama. Samakah presepsi orang syariat dengan orang hakikat? Seandainya anda belum memiliki ilmu mengenai hakikat bila lagi nak cari? Pernahkah anda bayangkan sambil bertafakur seperti apa yang sedang saya lakukan? Sampai bila ‘orang kita’ mahu jadi ‘daun pandan’ yang digunakan untuk mengharumkan nasi lemak? 

Banyak infotainment di Malaysia. Malaysia menjadi negara pemakai Facebook dan Twitter terbanyak. Sudah saatnya kita bertanya “mengapa” dan sampai bila kita mahu jadi bangsa yang bodoh giler? Kesempatan untuk belajar apa saja ada di internet. Sendiri punya diri sendiri mahu ingatlah. Why ialah why not (kenapa tidak). Aku tidak berusaha mencari ilmu keTuhanan, siapa lagi kalau bukan Tuhan yang menciptakan aku.

Segala galanya di tangan kita. Tuhan hanya akan menolong kita jika kita sanggup menolong diri kita sendiri dengan mengubah jiwa dan fikiran kita mengikut ajaran Al Quran. Inilah yang dilakukan oleh masyarakat Arab Jahiliyah abad ke tujuh di bawah pimpinan Nabi Muhammad dan khalifah Al Rasyidin. Kejayaan besar mereka satu contoh teladan yang gilang gemilang kepada kita. Kita patut mencontohi teladan ini.

Mari kita melakukan perubahan ‘mind set’. Pemikiran why dan why not menjadikan kita lebih teliti, lebih hati-hati dan kritis mengenai hidup dan kehidupan didunia dan akhirat sehingga muncullah idea-idea cemerlang dan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di keliling kita.

Karier merupakan keseluruhan kehidupan profesional sejak mata terbuka di pagi hari hingga kembali tidur. Tidak semata cara memperoleh kehidupan, karier berhubungan dengan passion, tujuan hidup, nilai ‘values’, dan motivasi dalam berkarya untuk memberikan sumbangan kepada lingkungan (keluarga, negara, mahluk lain, alam semesta). Tujuan karier tidak lain adalah kebahagian dan ketercapaian.

Dalam hidup saya, saya tidak pernah ada rasa cemburu, iri hati terhadap kejayaan orang lain. Saya percaya dan yakin itu adalah hakNya. Allah berhak memberikan kekayaan, kebijaksanaan, kemasyuran kepada siapa yang Allah suka. Kalau kita inginkan sesuatu, kita berusaha dengan gigih, minta pada Tuhan. Tuhan berjanji pada manusia, mohon kepadaKu neschaya hajatmu akan Ku perkenankan.

Saya ingin jadi penulis yang tersohor ketika saya muda tetapi untuk menandingi A.Samad Said dengan nobel Salina, dia menjadi seperti Hemingway. Bukan mudah mahu menjadi seorang cerpenis seperti Krismas, Arena Wati, Tongkat Warrent atau journalis seperti Samad Ismail namun saya tetap mahu menjadi tersohor dengan mereka yang menjadi kenalan baik saya.

Saya budak yang baru belajar namun bercita-cita dan berkeinginan mahu jadi orang besar, mahu jadi orang kaya yang ternama seperti Almarhum datuk saya Dato Syed Hassan, tokoh ulama yang membuka Johor Bahru 100 tahun dulu. Beliau sudah membuka kolej Islam yang pertama di Malaysia. Kuliah Tul Attas, Madrasah Alattas yang diasasnya masih ada hingga ke hari ini di Johor Bahru dan di Pekan, Pahang.

Kebetulan Dato Saroni Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka menghantar putra dan puterinya untuk mendapat pendidikan kerohanian Islam dari Panji Gumilang. Setelah sekian lama kita tidak bertemu, kita ditemukan semula ketika saya sedang mencari tokoh zaman ini untuk buku saya ‘The Lagend’.

Topik yang terpenting untuk disampaikan pada para pelajar ialah  ‘Melakukan kebaikan kepada ibu bapa adalah suatu perintah daripada Allah SWT kepada setiap Muslimin dan Muslimat’, kerana ilmu yang akan membawa ke syurga  ini tidak diajar di IPT. Ada ke  guru-guru yang mengingatkan murid agar melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibubapa adalah satu ibadat dalam Islam? ‘Syumul’ iaitu menyeluruh. Kita beranggapan bila berada di IPT mereka semua tahu.

1 comment:

A Closer Look.

Translate